PENGENALAN

Blog ini dibina untuk memudahkan interaksi dan medium komunikasi antara pensyarah dan para pelatih. Disamping itu, ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk dan mengoptimakan pembelajaran di atas talian (On Line Learning) dalam kalangan pelatih IPG KSAH.

Saturday, April 19, 2014

Kembali semula

Assalamualaikum wrt.wbh

Saya mengharapkan dengan bermulanya sesi pengjian yang baru tahun 2014 bolg Fiqh al-Aqidah dapat memainkan peranannya semula. Jika tidak kesampaian cita dan niat luhur ku ini...anda semua dijemput ke laman baru saya (personal) di alamt  islamicedubestari9.webnode.com . Selamat menjelajah

Friday, July 22, 2011

Al-Dhabtu Dalam Rasm Othmani

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai simbol-simbol panjang dalam kedah penulisan rasm othmani anda perlu memuat turun beberapa bahan yang dimuat naik.
1. Grafik Simbol Panjang- format doc.
2. Kaedah hazf dan ziadah- format ppt
3. Sejarah penulisan rasm othmani
4. Kaedah Izhar, dengung dan idgham
5. Imalah, Saktah, Sajdah dan lain-lain.

Format Penulisan Laporan Kajian Tindakan - SEM 8 (PISMP)

1. Bagi mendapatkan bahan sila klik di sini.
2. Berbantukan bahan yang dimuat turun dan maklumat daripada sumber-sumber yang lain,
sila laksanakan perbincangan berkumpulan dengan merumuskan perkara-perkara berikut;
i. Kenal pasti item-item utama format penulisan.
ii. Memindahkan maklumat yang diperolehi ke dalam bentuk lakaran di kertas majung.
iii. Apakah elemen persamaan dan perbezaan format tersebut dengan format penulisan buku
dan majalah.


Selamat berbincang.

Monday, July 18, 2011

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)-PPG

Assalamualikum wrt.wbh.
Didoakan agar semuanya berada di bawah rahmat Allah.

1. Berikut adalah tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi Mata Pelajaran Pengenlan Kurikulum Pendidikan Islam Sek Rendah PIM 3101 Semester 1 bagi para pelajar di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011 IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

2. Sila klik dan download tugasan anda disini.

Thursday, July 14, 2011

10 Cara Memotivasi Diri

10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI
Posted: 04 May 2009 05:59 AM PDTSebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahanKalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.2. Lakukan senaman ringan3. SenyumSenyum boleh mengubah segala-galanya.Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.4. Berfikiran positifBerfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.5. Dapatkan tidur yang mencukupiRungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.6. Luahkan pada seseorangAnda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.7. Curahkan di atas kertasCurahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.8. Bersedia untuk berubahJangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.9. Cari kegemaran baruSesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.10. BertegaslahBertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Dipetik dari : Tinta Abi

Monday, May 9, 2011

Kursus Pensyarah IPG KSAH

Assalamulaikum wrt.wbh.

Nama Kursus : Kursus Pensyarah 2011
Tajuk Ceramah ; Kemahiran Insaniah Suatu Keperluan Para Pensyarah
Tempat : PLGDP, Sg. Karangan
Masa : 11.00 -1.00

Intipati Ceramah :

i. Apakah itu Kemahiran Insaniah?
ii. Apakah elemen-elemen Kemahiran Insaniah yang perlu diterapkan dalam kursus perguruan.
iii. Bagaimanakah Kemahiran Insianiah dapat dilaksanakan dalam konteks P&P di bilik kelas dan luar bilik kelas.

Declaretion: Sumber asal bahan-bahan tersebut disediakan oleh Fasilitator Kursus Pensyarah Baru Fasa 3-2009


Kepada yang berminat dengan bahan yang disampaikan sila klik di sini:

Friday, January 21, 2011

KKBI- PQE 3102 (SEM 5- PGSR)

Assalamualaikum wrt.wbh.
Didoakan semoga antum semua dalam keadaan sihat wal-afiat hendakNya. Berikut saya attachkan draf Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) untuk subjek PQE-3102 sebagai panduan tugasan yang perlu diselesaikan dalam semester ini. Sila klik disini untuk download tugasan.

Sekian, Wassalam

Sunday, December 5, 2010

Pemupukan Akidah dan Cabarannya di Era Globalisasi

1. Kertas Kerja ini dibentangkan dalam Kursus Penghayatan Islam untuk para pelatih Islam PPSIMP pada Ogos 2010 bertempat di Air Panas Ulu Legong Resort, Baling
2. Sila klik di sini untuk download.

Tuesday, August 3, 2010

PEMANTAPAN AKIDAH


Untuk mendapat bahan sila klik di sini;

Fahaman Syiah dan Khawarij

Tugasan;

1. Sila baca dengan teliti, untuk mendapatkan bahan sila klik di sini.
2. Dengan menggunakan perisian Power Point rumuskan isi-isi penting bagi tujuan pembentang kepada
rakan-rakan anda.
3. Dengan menggunakan email, kirimkan bahan-bahan yang teah dibina kepada alamat:
drridzuan3190@gmail.com

Pengenalan Ahli Sunnah Wa l Jamaah

Tugasan;
1. Sila down bahan yang disedia.Bagi mendapatkan bahan klik disini.
2. Lakarkan kefahaman anda mengenai bahan yang dibekalkan dengan menggunakan peta minda.
3. Bagi melaksanakan tugasan ini, ana dicadangkan merumuskannya dengan menggunakan smartgrafik Power Point atau Mind Manager.